Pages

Subscribe:

Friday 21 October 2011

Persoalan

PERSOALAN

Terdapat banyak persoalan terdapat dalam novel "Jeriji Kasih" yang diketengahkan oleh pengarang melalui watak-watak dalam novel tersebut.


1.Kasih Sayang
- Pengarang dalam novel ini mengungkapkan persoalan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira darjat dan harta. Hal ini dapat dilihat melalui watak Solehah yang memberikan kasih sayang kepada kedua-dua anaknya secara adil. Solehah menyayangi anak angkatnya yang cacat anggota iaitu Anuariza seperti dia menyayangi anaknya sendiri iaitu Anuera. Solehah memberikan pendidikan yang sama rata kepada kedua-dua anaknya dengan berusaha keras untuk memastikan agar kedua-dua anaknya dapat meneruskan persekolahan.

- Sifat penyayang juga tergambar melalui watak Nek Siah. Nek Siah menyayangi Solehah,Anuariza dan Anuera sepertimana dia menyayangi keluarganya. Hal ini terbukti melalu sikap Nek Siah yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai emak dengan Solehah yang telah menjadi anak angkatnya.

- Nek Siah menyuruh anaknya Syed Mustafa dan Solehah berkahwin agar anak-anak Syed Mustafa dan Solehah dapat hidup dengan bahagia.


2.Tidak Mudah Berputus Asa
- Kesudahan kehidupan menjadi pendorong untuk Anuariza terus berusaha dan tidak mudah berputus asa. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja seperti mengecat rumah Syed Mustafa,menjual burung dan asam kelubi kepada Ah Chong,menorah getah dan mengambil upah menurunkan buah kelapa di dusun Haji Su'ud semata-mata untuk menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya. Berkat usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa,Anuariza akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

- Selain itu sikap tidak mudah berputus asa juga tergambar melalui watak Anuariza dalam usaha untuk membantu keluarga Syed Mustafa yang berpecah-belah.


3.Bergotong-royong
-Aktiviti bergotong-royong dalam novel Jeriji Kasih dapat diperjatikan melalui watak Syed Mustafa yang menceritakan tentang penduduk kampung yang bergotong-royong dalam proses mendapatkan minyak ketiau yang mengeluarkan bau wangi yang boleh digunakan sebagai minyak masak,dicampur ke dalam nasi dan kuih bingka.

- Selain itu,aktiviti bergotong-royong juga tergambar semasa berlakunya kenduri perkahwinan antara Syed Mustafa dan Solehah. Penduduk kampung datang memberikan bantuan seperti mencuci pinggan,mengemas rumah,mengangkut barang dan lain-lain. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai oleh sebuah keluarga cina iaitu keluarga Ah Chong yang telah lama menetap di kampung tersebut.


4.Baik Hati
- Nek Siah merupakan seorang yang baik hati kerana dia sanggup membantu orang yang dalam kesusahan. Nek Siah membenarkan Solehah sekeluarga mendirikan rumah di atas tanahnya  tanpa meminta sebarang bayaran apabila rumah Solehah musnah dihempap pokok durian.

-Selai itu,Nek Siah juga sering memberi bantuan dari segi nasihat kepada Solehah sekeluarga,Nek Siah menasihati Anuariza agar tidak pergi mengambil asam kelubi yang terletak di kawasan paya kerana bimbang tentang keselamatan Anuariza.

- Persoalan baik hati ini juga terdapat pada Solehah yang sanggup menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Khusyairi dan Saliah semasa anak Khusyairi iaitu Ruhaiza dimasukkan ke hospital kerana disyaki diperkosa oleh Syed Fariz.


5.Mementingkan Pelajaran
- Persoalan mementingkan pelajaran terdapat pada watak Tuk Syed dan Nek Siah. Semasa baru berpindah ke kampung bersama Solehah dan Azuera,Anuariza tidak dihantar ke sekolah oleh ibu angkatnya Solehah kerana kesempitan hidup. Namun setelah Tuk Syed dan Nek Siah menasihati Solehah agar menghantar Anuariza dan Azuera ke sekolah untuk menjamin masa hadapan kedua-dua anak Solehah barulah Solehah menghantar anak-anak bersekolah dengan bantuan Tuk Syed dan Nek Siah.

- Manakala Solehah pula mengambil upah menorah getah untuk menanggung perbelanjaan hidup mereka tiga beranak dan pendidikan mereka.


6.Bertanggungjawab
- Sikap bertanggungjawab terdapat pada watak cikgu Borhan,cikgu Syakinah,Solehah,Ruhaiza dan lain-lain. Sikap bertanggungjawab cikgu Borhan tergambar apabila cikgu Borhan menyuruh Azizul Hafiz mencari Syed Fariz di tandas kerana bimbang keselamatan Syed Fariz yang didapati tidak memasuki kelas.

-   Seterusnya,persoalan bertanggungjawab juga jelas tergambar melalui watak Ruhaiza yang menjadi Penolong Ketua Darjah dan Pembimbing Rakan Sebaya. Ruhaiza berusaha untuk membantu Syed Fariz yang sama kelas dengannya,dengan memberi nasihat kepada Syed Fariz supaya tidak terlalu rapat dengan Lily Suriani kerana Lily Suriani mempunyai disiplin yang teruk dan pernah mencuri.


7.Sikap Suka Berfoya-foya Masyarakat Bandar
- Persoalan ini terdapat pada watak Syed Mustafa. Setelah bekerja dan hidup sebagai orang kaya di bandar,sikap Syed Mustafa semakin berubah dia sering berfoya-foya dengan gadis muda sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

- Sebagai contohnya,Syed Mustafa juga sanggup meminta izin daripada isterinya Jumaimah semata-mata untuk melamar seorang gadis muda yang bernama Norseha sewaktu isterinya sedang sakit tenat. Sikap ini akhir menyebabkan anak-anak Syed Mustafa mendendaminya dan memberontak sehingga sanggup melakukan perkara-perkara teruk seperti merokok,membuli,menghisap gam dan lain-lain.


8.Sikap Panas Baran
- Persoalan ini terdapat pada watak Khusyairi dan Syed Mustafa. Setelah membawa anaknya sendiri iaitu Syed Fariz pulang dari balai polis,Syed Mustafa menampar pipi anaknya sehingga lebam dan berdarah. Kemarahan yang tidak terkawal ini telah menyebabkan Syed Mustafa mahu membaling kerusi ke arah anaknya,namum sempat dihalang oleh oleh Nek Siah.
- Sikap panas baran pada watak Khusyairi apabila dia menghentakkan penumbuk di atas pembahagi kerusi yang didudukinya semasa berada di rumah Nek Siah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan cucu Nek Siah iaitu Syed Fariz sehingga menyebabkan Ruhaiza di masukkan ke hospital kerana disyaki diperkosa oleh Syed Fariz.


9.Masyarakat Materialistik
-Syed Mustafa merupakan seorang yang bersikap materialistik,dia jarang meluangkan masa bersama anak-anaknya di kampung dan menyerahkan semua tugas untuk menjaga kedua-dua anaknya kepada Nek SIah kerana mencari harta kekayaan.
-Selain itu,emak dan ayah sebenar Anuariza juga merupakan seorang yang materialistik kerana sanggup meninggalkan Anuariza yang berusia enam tahun semata-mata untuk mencari kekayaan.


10.Cetek Pemikiran
-Syed Fariz merupakan seorang yang cetek pemikiran,dia sanggup memberontak dengan melakukan banyak gejala sosial sperti langgar peraturan sekolah dan lain-lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada bapanya yang telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
-Syarifah Farisya tanpa berfikir panjang melarikan diri dari rumah kerana dia tidak setuju dengan perkahwinan antara ayahnya dengan Solehah.Baginya,perkahwinan tersebut akan menyebabkan hubungan dia dan Anuariza tidak akan menjadi seperti yang diingin kerana dia mencintai Anuariza,dia tidak mengetahui bahawa Anuariza sebenarnya anak angkat Solehah.


11.Kebencian Yang Tidak Kena Pada Tempatnya
- Azrul Iskandar benci terhadap Anuariza apabila dia mendengar ayahnya memuji sikap Anuariza yang taat kepada ibu berbanding sikapnya yang tidak mahu menurut kata ayah dan ibu yang menyuruh dia belajar melukis dan mendalam Bahasa Inggeris.
-Selain itu,Syed Fariz juga turut membenci Anuariza apabila dia mendengar ramai orang yang memuji sikap Anuariza yang baik dan cemerlang dalam akademik.

0 comments:

Post a Comment