Pages

Subscribe:

Tuesday, 11 October 2011

Tema

     Novel "Jeriji Kasih" karya Ramlah Abdul Rashid mengungkapkan tema kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara. Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara dapat dilihat melalui watak utama yang terdapat dalam novel tersebut iaitu Anuariza.

     Anuariza merupakan seorang remaja lelaki yang tergolong dalam kalangan insan istimewa dan merupakan anak angkat kepada Solehah dan arwah Tamrin amat gigih dalam berusaha menjalani kehidupan penuh cabaran dan serba kekurangan. Anuariza sanggup melakukan pelbagai kerja mata-mata untuk meringankan beban ibunya menampung perbelanjaan sekolah dia dan adiknya iaitu Azuera,Anuariza melakukan kerja seperti mengutip buah asam kelubi,menjerat burung untuk dijual,mengambil upah mengecat rumah dan lain-lain.

      Selain itu,Pengarang juga menggambarkan kegigihan watak Anuariza melalui sikapnya yang sanggup berusaha keras dalam menangani masalah Syed Mustafa dan anak-anak Syed Mustafa yang ketandusan kasih sayang.

0 comments:

Post a Comment